Sunday, 14 August 2011

ETIQA-TAKAFUL BERHAD



           

 

 

FAKTOR MENGAPA RAMAI ORANG MENJADI AHLI KELUARGA ETIQA TAKAFUL

Picture


ETIQA TAKAFUL BERHAD adalah hasil usaha sama dengan MAYBANK BERHAD

Mayban Fortis Holdings Berhad lahir pada tahun 2001 hasil daripada kerjasama diantara bank tempatan terbesar Malaysia, Maybank dan Fortis, penyedia penyelesaian kewangan terbesar di Eropah. Dengan pegangan sebanyak 70% oleh Maybank dan 30% oleh Fortis kerjasama ini menyaksikan penggabungan semua syairkat insurans Maybank di bawah Mayban Fortis.

Berasakan kekukuhan Maybank di dalam pasaran tempatan dan juga kepakaran Fortis di dalam bankasurans, kerjasama strategik ini menyaksikan peningkatan dalam premium yang dikeluarkan oleh Mayban Fortis daripada RM0.7 bilion pada tahun 2002 kepada RM1.3 bilion pada tahun 2005. Mayban Fortis, penyedia bankasurans paling di negara ini, berazam untuk menjadi peneraju industri insurans dalam semua saluran pengedarannya dan memperluaskan perniagaan takafulnya keperingkat antarabangsa.

Pada tahun 2005, Mayban Fortis terus berkembang dengan pengambilhalihan Malaysia National Insurance Berhad, penyedia insurans tempatan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Berhad, peneraju penyedia takaful di Malaysia. Penggabungan ini menjadikan Mayban Fortis syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia. Sejajar dengan penggabungan ini, Dato Aminuddin Md Desa telah dilantik sebegai Ketua Pegawai Eksekutif untuk menerajui syarikat gabungan ini.

Pada hari ini, Mayban Fortis adalah merupakan penyedia produk dan perkhidmatan insurans dan takaful yang menggunakan pelbagai saluran seperti tenaga agensi, cawangan insurans dan takaful, cawangan Maybank, internet, ATM dan lain-lain bank, menyediakan pecapaian dan kemudahan yang tiada tandingannya untuk para pelanggan.

Untuk tahun kewangan 2007, premium keseluruhan Mayban Fortis ialah RM4 bilion, menjadikannya penyedia insurans kedua terbesar di Malaysia, dengan pendapatan sebelum cukai sebanyak RM 313.5 juta.

Pada akhir tahun 2007, penggabungan antara Mayban Fortis, Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional tiba ke kemuncaknya apabila penaggabungan ini diberikan jenama baru iaitu Etiqa. Malaysia National Insurance dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad. Kedua-duanya kekal sebagai subsidiari Mayban Fortis.



Keperluan Takaful Dalam Kehidupan



Berdasarkan kepada kajian yg dibuat oleh Life Insurance Malaysia Research Association (LIMRA),
sepanjang hayat manusia, seseorang itu memerlukan sebanyak 7 polisi sepanjang hayatnya.

Ia meliputi aspek untuk perlindungan, kesihatan, pelaburan, pendidikan dan juga simpanan.Populasi yang mempunyai perlindungan insurans di Malaysia hanya 25% daripada 26 juta rakyatnya (yang kebanyakan dari kaum bukan-bumiputra).

Berdasarkan jumlah ini, boleh dikatakan kesedaran terhadap keperluan serta kepentingan insurans/takaful di Malaysia masih rendah. Di Singapura sebanyak 100% yang memiliki polisi, secara purata 1 orang 1 polisi dan Jepun sebanyak 150%, iaitu 1 orang memiliki lebih daripada satu polisi.

Bagi muslim, ulama telah menghasilkan takaful sebagai alternatif untuk insurans konvensional. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak halal dalam insurans.

Takaful adalah dari perkataan Arab Kafala yg bermaksud UNTUK MEMBANTU atau MENJAMIN.

Di Malaysia kita didedahkan dengan segala macam maklumat supaya kita dapat memilih yang mana satu Ok bagi kita yang beragama Islam.



                                                    Kewangan Islam. Satu KEWAJIPAN bukan satu PILIHAN

Takaful Keluarga adalah altenatif kepada Insurans Konvensional. Pilihan yang membebaskan anda dari rasa kurang yakin, ketenangan dan yang paling penting adalah pampasan yang bakal waris waris anda terima adalah HALAL.

Dengan pelbagai pelan Takaful Keluarga dari berbilang syarikat sebenarnya anda mampu membuat pilihan yang tepat.
Pilihan yang boleh menjamin diri anda dan keluarga anda.

Siapa sebenarnya yang memerlukan Takaful Keluarga?

Setiap insan yang bernyawa memerlukan perlindungan takaful keluarga. Samada ia miskin atau kaya ia tetap memerlukan perlindungan Takaful Keluarga

Jika anda menyimpan RM100.00 didalam poket anda, adakah esok ia akan menjadi RM200.00? sudah pasti tidak.
Jika anda membuka akaun dengan syarikat takaful dengan RM100.00 ia tetap akan menjadi puluhan ribu pada esok hari.

Apa kesan kepada keluarga anda, jika anda tidak mempunyai skim perlindungan Takaful Keluarga?

Mungkin anda tidak akan merasa apa apa kesan kerana pada ketika itu anda sudah  tidak bernyawa lagi. Tetapi, bagi mereka yang masih hidup. Mereka terpaksa meneruskan kehidupan tanpa insan yang tersayang sudah pasti akan ditimpa musibah dengan hutang yang ditinggalkan, komitmen yang belum dilangsaikan


Sertai eTiQa Takaful sekarang kerana ia akan menjadi aset kepada anda..

HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik
daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”


Kelebihan Etiqa :

Kelebihan yang bakal anda perolehi;

1.Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa riba & Tanpa Menjejaskan Dana Perlindungan
2.Pelepasan cukai pendapatan.
3.Perkongsian untung (mudharabah 80:20)
4.Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan.
5. Amal Jariah
6. Muamalat Islam.


Konsep Takaful

Konsep Takaful Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan. Tahap kehidupan yang berubah-ubah. Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takaful Mesra, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah.


 Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan. - Berdasarkan Syariah Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat. - Komprehensif Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan. - Fleksible Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik. - Pulangan pelaburan yang tinggi Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda

PERLU WANG DI SAAT KECEMASAN ?

Tahukah anda sesetengah pelan eTiQa Takaful membenarkan anda mengeluarkan sebahagian daripada simpanan anda? contohnya; pelan eTiQa Mesra, eTiQa Prima, eTiQa Warisan, eTiQa Sarjana, dan eTiQa Sakinah 1

Bagi pelan Mesra, Warisan, dan Sakinah 1, anda boleh mengeluarkan sebanyak 80% daripada tabung simpanan iaitu Akaun Peserta (AP). Caranya, anda hanya perlu mengisi borang pengeluaran sebahagian disertakan 1 salinan IC dan hantar kepada eTiQa melalui ejen anda. Borangnya sgt simple, hanya sekeping kertas A4



Bagi pelan eTiQa Sarjana, pengeluaran wang 80% daripada Akaun Peserta hanya dibenarkan ketika 3 tahun sebelum sijil matang.

Kebiasaannya, bagi pelan eTiQa Prima, anda dijamin mendapat manfaat berjangka setiap 3 tahun sebanyak 10% daripada coverage basic. Contohnya; coverage basic RM50,000. maka anda akan dapat RM5,000 every 3 years. Guaranteed.

Jika anda telah menyertai eTiQa lebih 4 tahun, anda sudah boleh mengeluarkan sebahagian daripada Akaun Peserta tersebut. Actually tahun kedua pun akaun anda sudah ada simpanan, tapi nilainya agak kecil, jadi saya cadangkan anda keluarkannya selepas tahun ke-4. nak tau kenapa?HUBUNGI SAYA :SHARIFAH 017-2827746

apa beza takaful dan insuran ?

HUKUM TAKAFUL
Berdasarka perbezaan antara takaful dan insuran seperti yang dijelaskan sebelum ini, jelas sekali bahawa takaful adalah halal sedangkan insuran konvensional berkaitan nyawa adalah haram (Insuran konvensional selain nyawa adalah halal).
Pendapat Ulama :
1)      Mesyuarat enakmen islam yang berlangsung di “Baidha’” –Libya- pada tahun 1972 menyatakan dua daripada resolusinya :
Resolusi ke-enam  :” Insuran konvensional  hendaklah digantikan dengan insuran islam (takaful)”.
Resolusi ke-tujuh  :” Takaful itu hendaklah menyeluruh sehingga memberi jaminan kepada setiap keluarga bahawa sumber pendapatan mereka tidak terjejas apabila berlaku kematian atau hilang upaya atau seumpamanya  ke atas ketua keluarga”.
2)      Majlis ulama Negara Arab Saudi di dalam ketetapan mereka yang bernombor (52) bertarikh 4/4/1397 hijrah bersamaan tahun 1977 masihi menyatakan :
Setelah mengkaji, berbincang dan bertukar-tukar fikiran, Pihak majlis telah menetapkan bahawa Insuran Takaful adalah halal berdasarkan alasan-alasan berikut :
a)      “Sesungguhnya insuran takaful merupakan  satu bentuk akad (kontrak) tabarru’ yang mana dari segi asasnya bermaksud bantu membantu menjauhkan bahaya dan bersama-sama bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu musibah iaitulah dengan cara sumbangan sejumlah wang dari setiap anggota (pencarum) takaful ke dalam tabung risiko yang dikhususkan untuk membayar pampasan kepada ahli yang ditimpa musibah….”
b)      “Insuran takaful tiada unsur riba. Oleh yang demikian akad (kontrak) yang dimeterai oleh para pencarum, tiada unsur  riba dan sumbangan(caruman berkala) yang dibuat oleh para pencarum itu tidak dilibatkan dengan aktiviti pelaburan secara riba”.

3)      Keputusan Pusat Penyelidikan islam yang diputuskan di Al-Azhar pada bulan Muharram tahun 1385 hijrah :
“Insuran takaful yang dijalankan oleh syarikat-syarikat takaful  merupakan satu bentuk insuran yang dibenarkan oleh syarak. Insuran takaful ini merupakan kerjasama  dalam melakukan kebaikan yang disertai oleh orang yang ingin dilindungi (samaada pencarum sendiri ataupun tanggungannya). Syarikat-syarikat takaful pula berperanan memberi  pertolongan atau perkhidmatan kepada para peserta ketika mereka memerlukan,.”

Rujukan               – Isa Abduh : ( Insuran – Antara Halal Dan Haram ) m/s 65.

simpan di bank atau takaful ?

PERBEZAAN ANTARA SYARIKAT TAKAFUL DAN  BANK HARIAN
1)      Wang pencarum di dalam akaun takaful adalah sesuai untuk simpanan jangka panjang sahaja sementara akaun di bank biasa adalah sesuai untuk jangka pendek dan panjang.
2)      Prosedur pengeluaran wang dari akaun takaful agak rumit berbanding bank biasa yang hanya melalui mesin ATM sahaja. Disini kebaikan menyimpan di dalam akaun takaful ialah kita tidak mengganggu simpanan berkala itu dan ianya tetap sehingga satu tempoh yang panjang dan boleh jadi sebagai simpanan tambahan untuk persaraan kelak. Jika menyimpan di bank biasa, bila-bila masa duit boleh dikeluarkan dan sudah tentu sukar untuk kita memastikan simpanan tersebut tidak diganggu.
3)      Simpanan di dalam akaun takaful biasanya dilaburkan di dalam pelaburan yang mendatangkan keuntungan yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan di bank biasa iaitu lebih kurang dalam lingkungan 5% – 12% setahun.
4)      Simpanan di dalam akaun takaful mempunyai perlindungan yang tersendiri  sebaliknya simpanan di bank biasa tiada manfaat perlindungan.
5)      Produk utama syarikat takaful adalah memberi perlindungan sementara produk utama bank biasa adalah memberi pinjaman.

mengapa perlu simpanan ?

Memiliki aset cair sangat berguna kerana ketika waktu memerlukan kita dapat terus “mencairkan” aset ini dan boleh digunakan serta merta. Apakah itu contoh aset cair? Wang simpanan dalam akaun simpanan kita adalah contoh sangat mudah. Ini adalah kerana disaat memerlukan aset ini, kita hanya pergi ke mana-mana mesin ATM , mencucukkan kad ATM anda, tekan jumlah pengeluaran dan wang sedia digunakan.
Manakala aset beku, adalah aset yang sukar dicairkan dalam tempoh serta merta. Contoh utama adalah hartanah. Ia adalah aset cair yang telah di “bekukan” menjadi sebuah rumah / pejabat / kedai yang mempunyai nilai. Kita boleh mendapatkan wang semula daripada jualan hartanah ini namun perlu mengambil masa yang agak lama tidak semudah contoh aset cair di atas.
Tahukah anda, aset cair yang sedang kita gunakan ini, akan bertukar menjadi aset beku yang bererti tidak boleh digunakan apabila pemegang akaun sudah meninggal dunia. Ia boleh digunakan semula selepas melalui proses pewarisan yang mengambil tempoh yang lama. Ini akan menyukarkan kepada waris ataupun anak untuk mendapat sumber kewangan bagi meneruskan kehidupan.
Pelan Takaful Keluarga adalah contoh sebaliknya. Jika pemegang sijil semasa hidup hanya membayar caruman bulanan, ia adalah seperti sesuatu yang agak tidak bernilai langsung dan tidak segera menjanakan wang. Namun demikian apabila peserta telah meninggal dunia ataupun lumpuh yang kekal, maka pelan Takaful Keluarga yang dahulunya dipanggil aset beku tidak langsung memberi faedah akan bertukar kepada aset cair yang boleh menjadi sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan.
Oleh yang demikian rancang kewangan anda. Jadikan perlindungan sebagai syarat utama dalam merancang kewangan anda. Pastikan anda mempunyai aset cair ketika menghadapi musibah kelak.

Saturday, 13 August 2011

KAD PERUBATAN

 

Medical card eTiQa Takaful atau nama betulnya Medic Save Rider banyak membantu anda dikala anda amat memerlukan bantuan perubatan. Medical card ini digunakan jika anda dimasukkan ke hospital (warded), bukan untuk out-patient.


Tujuannya adalah untuk membantu anda membayar bil-bil hospital yg melambung tinggi sekarang, terutamanya di hospital swasta.

Ada sahabat2 saya di agensi kerajaan kata mereka tak perlukan medical card, sebab government dah cover 'semua'. Saya tanya balik, 'semua' tu apa? Mereka kata mereka hanya perlu daftar di hospital kerajaan untuk dapatkan bantuan perubatan. tapi cuba anda bayangkan, adakah anda akan mendapat bantuan perubatan SEGERA jika anda mendaftar di hospital kerajaan?

Jadi, ini saya perkenalkan medic save rider medical card yang dapat membantu anda:

 

 

 

 


 Takaful Medic Save Rider

CONTOH PROPOSEL
Umur Peserta : 35 tahun (Lelaki)
Bayaran : RM150 / bulan
Tempoh Bayaran : 20 tahun (sehingga umur 55 tahun)
Plan Etiqa Mesra (Bayaran : RM86.37)
• Perlindungan Asas : RM51,032 (Meninggal Dunia atau Lumpuh)
• Pulangan Matang (20 tahun) : RM23,785
Rider Medical Card-PLAN 4 (Bayaran : RM63.63)
• Manfaat Had Keseluruhan Tahunan : RM60,000
• Khairat Kematian : RM4,000
• Bilik Penginapan Hospital RM200
• Yuran Laporan Perubatan RM80
• Elaun Harian Tunai Bagi Hospital Kerajaan RM80
• Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar RM1,250
• Rawatan Kemalangan Kecemasan Pergigian RM1,250
• Rawatan Kecemasan Kesakitan RM50
• Rawatan Fisioterapi Bagi Pesakit Luar RM1,250.
Seperti Yang Dicaj
• Unit Penjagaan Rapi
• Yuran Pembedahan Termasuk Anesthetik & Bilik Pembedahan
• Bekalan & Perkhidmatan Hospital
• Lawatan Pakar Perubatan Dalaman
• Sebelum Kemasukan Ke Hosp./sebelum Pembedahan
• Perkhidmatan Pakar Perunding & Diagnosis
• Rawatan Sebelum Kemasukan Ke Hospital
• Pembedahan Pesakit Luar